haa tu dia micheal knight.... Pada masa nie jugak ada cerita The A Team. Mr T pun berlakon dalam cerita nie.... badan punya ler besar tapi penakut naik kapal terbang... muddock suka menyakat Mr T. Face dengan sikap playboy dia dan ketua team siapa lagi Hanibal ler tak lepas dengan curut nya.... nasib baik ada insan yg upload kat youtube so masih ada kesempatan ler untuk generasi Y nak tengok cerita tu ...thirller dia mcm nie..
Korang mesti selalu tengok cerita yang dibintangi Chow Yun Fatt dlm cerita-cerita action mcm god of gambler...korang tau tak dia pernah berlakon drama bersiri pada tahun 1980 an dan tajuk cerita dia Man In The Net...aku pun layan gak cerita nie sbb dulu yang main drama nie TV3 jer. Masa tu aku dok KL dan waktu itu siaran TV3 hanya dapat kat KL jer so negeri lain kesian tak dapat lagi... Nak bagi tau cerita nie sedih gak ler sbb Anak ( Chow Yun Fatt ) terpaksa gelapkan wang syarikat demi menyelamatkan mak dia...(Mak dia kaki judi ) agak2 siapa nak tengok Chow Yun Fatt masa muda-muda boleh tengok kat Youtube just taip jer Man in The Net
Satu lagi cerita yang boleh dikatakan menjadi idola kanak-kanak pada masa tu dan bila cikgu tanya nak jadi apa confirm jawapan yang keluar adalah Polis dan Askar. Nak jadi Askar sebab pengaruh cerita COMBAT dan nak jadi Polis sebab cerita CHIPs ( Carlifornia Highway Police ) kalau cerita melayu nie ala-ala Remang-remang kota raya or Roda-roda Kota Raya.. Nama Punch dan Judy sentiasa menjadi sebutan anak2 zaman tu termasuk ler aku...tapi sikit pun aku tak hairan waktu tu kenapa bila judy atau punch accident tak ada lak yg mati pun..al maklum ler cerita. Lagi satu mungkin waktu tu aku kecik lagi so tak terpikir lah pulak camner Carlifornia tu punya besar tapi cuma ada 2 orang jer peronda Lebuhraya dia mcm tak logik jer... ( itu kalau korang fikir sekarang ler ) masa dulu tak pernah terfikir pun. opening theme song dia mcm nie
oklah ada banyak lagi cerita-cerita lama kalau nak di ceritakan may be sampai episod ke 80 mcm adam dan hawa ler pulak yek....tapi kadang-kadang best gak layan cite-cite lama nie dpt mengimbas kembali saat masa aku kecik-kecik dulu. sbb masa aku kecik2 dulu memang aku kecik... cuma bila dah tua nie jadi besor ler pulak....
No comments:
Post a Comment