Flame

nak tau lagi....best wooo klik di sini

Monday, 4 March 2013

TRIP DI BUMI AUSTRALIA (PART 3)

Dah agak lama tak update blog aku ini kerana kesibukan yang amat sangat..so hari ini aku nak share lagi pengalaman perjalanan aku di bumi ausie. Busselton ini terkenal kerana jetty nya yang panjang. Panjang jetty ini dari pantai membawa ke laut adalah sepanjang 2 km. Seawal pukul 4 pagi aku dah bangun sebab kat sini pukul 5 pagi dah cerah.. Jadi bangun pagi terus mandi dan  prepare ler maggi dan roti bersama jem dan mentega untuk di makan sebagai sarapan pagi. Selesai sarapan sesi bergambar di sekitar kawasan motel .



Nyaman nyer rasa....di hadapan office  Busselton BayMotel 
Macam biasa group foto mesti di laksanakan sebagai kenang-kenangan.

Tumpang amik gambo kat kereta Ford Falcon. Kat Mesia tak pernah jumpa tu yang jakun jap tu...
Dihadapan Busselton Bay Motel nie sebenarnya kawasan park yang menempatkan caravan. oleh kerana musim summer so berlambak ler caravan kat situ...agak terkilan gak sebab tak dapat merasai suasana havoc di kawasan park tersebut.

Tangan siapa ler tuh...cuba tengok belah kanan tu..itu ler port utk caravan park..meriah wooo kawasan tu

 Setelah selesai group foto.seperti biasa abg jebb akan set tom tom utk next destination. aku just drive jer ikut arahan tom tom a.k.a garmin. Our next destination adalah busselton jetty yang kunon-kunon nyer nak gie malam tadi...kata org kat jetty nie kalau memancing pun dah ok banyak ikan dan ketam. tapi impian tinggal impian. lagipun kelengkapan memancing pun kita org tak der.

Busselton Jetty ; Panjang giler 2 km. malas jalan naik train tapi mahal ler

Kaunter tiket, kedai sourvenior dan juga mini muzium bagi jetty busselton nie.

Aku tak pasti ler kat kawasan nie pernah ada serangan ikan jerung atau tak. tapi apa yang menjadi musykil di kepala aku di tepi pantai kawasan mandi ada di buat boundry dan kebanyakan org mandi di dalam kawasan boundry itu sahaja.

Agak nya selamat kot kalau mandi kat area dalam boundry tu....pagi2 lagi dah sampai so tak der lagi org mandi.

Rupa-rupanya nak masuk kawasan jetty nie kena bayar ler...kalau nak jalan kaki kena AUD 5 dan kalau nak naik trian ( malas jalan ) kena aud 12 ler rasanya. Mula-mula dia org nak naik train. walaupun aku tak berapa setuju tapi sbb dah jalan dlm group so kena setuju ler dgn majoriti. nasib baik train penuh dan next trip adalah belah petang so jalan kaki jer ler.



kat kawasan pintu masuk jetty.


Satu yang aku realize kat sini adalah kejujuran. walaupun kita beli tiket masuk untuk ke jetty nie tapi tak der org pun yang check. Meminjam kata member aku kalau kat malaysia nie dah lama org masuk free beramai-ramai.. Tapi mentaliti masyarakat negara maju memang seperti itu kerana telah di didik dari kecil lagi.

Macam biasa ler group foto. yang selalu tak masuk adalah anak raja sbb dia tu fotografer kami.

Gambar nie di ambil semasa sampai di hujung 2 km jetty tersebut. Mak Cik Salleh tu  kami ajak amik gambar sekali.

posing of the year 2012

Nampak tak kat belakang tu laluan keretapi.. pandai dia org cari duit .

Sea Gull banyak giler kat jetty ini.
Korang nak tengok tak jauh ker tidak jetty nie..itu dia . Kalau jalan dari mula sampai hujung ambil masa dlm 30 min ke 45 min...kat atas jetty nie ramai yg datang dgn anak2 mereka utk memancing. ikan dia pun yang baik punyer tau mcm senangin.
Panjang kan jetty dia...


Jetty nie kalau menurut sejarah nya dulu di perbuat daripada kayu. Jetty ini juga pernah terbakar dan selepas peristiwa kebakaran itu lah jetty ini di bina daripada konkrit. kalau dapat datang waktu malam panorama kat jetty ini lebih cantik lagi terutamanya ketika matahari terbenam. Kat Jetty nie juga pernah ada pemancing yang mati, mati bukan sebab lemas tapi heart attack ler.. Acctually kat Busselton nie attraction dia cuma jetty nie jer ler. dan syurga bagi pemancing-pemancing. Kat sini juga ada satu peristiwa yang aku realize org di sini amat-amat menitikberatkan soal privacy. Aku minta anak raja snap gambar aku masa jalan atas jetty. kebetulan dekat dgn aku ada anak mat salleh so anak raja pun snap ler sekali.  Tanpa kami sedari ibu bapa kepada anak kecik itu memanggil dan mengejar kami. Dia tanya kita org ada snap gambar anak dia ker so kita kata ada . so dia minta tengok dan minta kami padamkan gambar tersebut. so kat situ juga ler anak raja delate gambar tu.. Tapi tak semua macam tu ada yang tak kesah pun. antara contoh ibu bapa yang tak kesah

Anak kecil ini memancing bersama abangnya..yang baju hitam itu bapak dia..sempoi jer aku amik gambar dia orang pun ok.




So dari jetty nie next destination adalah Margaret River.  Kat sini kunon-kunon nyer terkenal dengan Coklat Factory. Nogut pun kata nya ada di buat di sini... so kami pun cargas ler ke sana ...Jarak dari busselton ke Margaret river tak ler jauh sangat sekitar 50 km jer. Melalui kawasan Taman Negara dan winery area. Teringin gak nak gie kilang winery tapi sekali fikir apa kejadahnya gie kilang buat arak..kalau anggur picking nak gak aku. So sampai di Margerat River kami terus ke coklat factory
tapi alangkah terkejutnya harga-harga coklatnya agak mahal. 1 bar yg beratnya 250gm berharga AUD12 - AUD 15...tak mampu woooo so just amik gambo jer ler. Tak ada seorang pun dari kami beli coklat kat factory ini kami just merasa jer coklat yang dia orang kasi test....

Terasa macam melawat coklat factory milik willy wonka jer.......


Kat Margerat River nie kami berhenti makan tengahari.. cara paling mudah nak dapat information adalah cari ler bangunan bertanda i... mean information. Kat sana boleh dapat maklumat utk cari halal restaurant. Hajat di hati nak makan nasi hari ini tapi apakan daya yang di jumpai terlebih dahulu adalah kedai kebab...so kebab lagi ler nampaknya..

Selesai lunch yang dah nak dekat minum petang tu apa lagi terus cargas ke Augusta. Di Augusta nie ada rumah api yang di namakan Cape Leeuwin lighthouse. Augusta nie juga merupakan tempat pertemuan dua lautan iaitu lautan hindi dan south ocean. Angin toksah cakap ler kuat giler. Kami kena sampai di situ selewat-lewatnya pukul 4 petang sebab dia tutup pada pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah kami sempat sampai dan menjadi kumpulan terakhir yang dapat naik ke atas rumah api itu. Tapi masuk rumah api tu bukan free tau ...berbayar sebanyak AUD 17  per person. oleh kerana bukan selalu pun sampai so bayar jer ler ......tapi syok beb...berbaloi-baloi..
Rumah api.....Cape Leeuwin aku berjaya naik sampai atas....






Oleh kerana kami nie group terakhir yang akan naik rumah api pada hari itu so sebelum ke rumah api itu kami di beri peringatan agar segera ke rumah api then naik bila di arahkan..apabila selesai dan turun kami tidak di benarkan berada lama di bawah kerana kawasan tersebut akan di tutup pada jam 5 petang. Mat Salleh nie masa amat2 berkira.. So masa naik tu kami berlapan bersama 1 couple dari canada yang dah retired rasanya. 1 family terdiri daripada mak, anak perempuan dan anak lelaki. Guide yang bawak naik nama dia Judy...dah tua tapi setiap hari naik rumah api at least 5 kali...power mak cik nie beb... Masa naik tu ada 3 kali pit stop yang judy buat. aku rasa kalau direct dia pun kantoi gak....at least dpt ler curi-curi angin sket...nak kata tak penat tu tipu ler tapi sebelum keluar di bahagian menara atas tu judy remind ler kawasan tu sangat berangin so topi, sun glass kena extra carefull ler. Bila judy buka pintu dan suruh keluar tak terlangkah rasa nya sebab gayat beb tinggi giler then tambah angin yang sangat kuat...kamera yang aku pegang pun goyang2 beb.... tapi dlm seminit lepas tu aku ok jer  best giler dpt tengok kawasan dari tempat tinggi. Kata Judy kalau datang bulan jun hingga oktober boleh nampak kumpulan ikan paus pembunuh ( killer wheale ) . So kami dtg januari so dpt ler tengok laut jer...gelombang tok sah cakap sangat kuat dan angin juga sangat kuat.
View dari atas rumah api...takut beb tangan kanan dok pegang railing atas tu...


Permandangan di ambil dari atas rumah api.


Titik pertemuan diantara laut selatan dan laut hindi
Belah kiri southern ocean belah kanan lautan hindi. Canti giler tempat nie


Depan pintu masuk rumah api Cape Leeuwin.



Siap bagi koordinat tu beb.....
Memang aku suka dengan tempat nie ..Augusta

Sebab leka sangat ambil gambar ...so dah nak dekat pukul 5 ptg so kena lari ler...kalau tak lari nanti  gate kunci...tidur kat rumah api ler ....

Sempat lagi posing tu beb...